Keluarga Zayn Rayyan Lantik Peguam Baru

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd Moin telah dilantik sebagai peguam baharu mewakili ibu bapa kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Fahmi juga mengesahkan perkara itu, sebagaimana memetik laporan Malaysia Gazette.

“Laju sungguh media dapat berita ini. Ya sah, saya telah secara rasmi dilantik oleh keluarga.

“Kita tunggu perkembangan kes sama ada reman akan disambung atau sebaliknya Jumaat ini,” katanya.

Terdahulu pada Jumaat lalu pasangan suami isteri itu ditahan polis bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak berusia enam tahun itu.

Sementara itu datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba memberitahu media bahawa keluarga mereka sudah melantik peguam baharu mewakili ibu bapa kanak-kanak itu yang kini dalam tahanan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pelantikan itu dibuat selepas peguam terdahulu, Mahmud Abdul Jumaat memaklumkan beliau tidak lagi mewakili pasangan suami isteri itu mula hari ini.

Dalam satu kenyataan, Mahmud daripada firma guaman, Tetuan Emir Mahmud & Co, memaklumkan keputusan itu terpaksa dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya.

BBerkaitan

Latest articles