‘Keluarga Datang Nak Pinjam Duit’, Pavithra Dedah Punca Kontroversi Tangkapan Suaminya

S. Pavithra, yang popular dengan video masakan di laman Youtube akhirnya mendedahkan beberapa perkara yang menjadi punca kepada penangkapan suaminya, baru-baru ini.

Menerusi satu video berdurasi lima minit, wanita itu memberitahu masalah keluarga, wang dan pendedahan kepada media menyumbang kepada masalah keluarganya sejak akhir-akhir ini.

“Keluarga saya sendiri, ia menjadi masalah sebab duit dan keluarga saya (yang) tak sokong saya selama ini, selama dah kahwin Sugu selama tujuh tahun, tak pernah tolong dan sokong saya, selepas dah ada duit dan berjaya seperti ini, mereka muncul dan pinjam duit dengan suami saya,” luah Pavithra.

Dalam video yang sama Pavithra menolak dakwaan bahawa suaminya seorang yang pemabuk yang menyebabkan Sugu naik tangan terhadapnya dalam satu kejadian di hospital tempoh hari.

Apatah lagi katanya, Sugu adalah individu penting yang menyumbang kepada kejayaannya sebagao bintang Youtube terkenal di Malaysia dengan memperoleh 786,000 pelanggan dan videonya ditonton hampir 35 juta kali.

Bukan itu sahaja, Pavithra meluahkan, selepas video masakannya dikenali dan dirinya menjadi terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan pendedahan menerusi media, dia memberitahu kehidupan peribadinya sedikit terganggu.

Mereka tidak ada ruang privasi dan menimbulkan masalah keluarga termasuk anak-anak.

“Saya pun hairan mengapa media buat berita pasal kami walaupun kami tak beritahu apa-apa cerita pasla kami…

“Kami kesal pasal hal itu.

“Media juga salah satu sebab kami hilang privasi dalam keluarga kami dalam tempoh tiga bulan ini.

“Selepas media masuk ke dalam keluarga kami, kami tidak ada masa untuk memasak dan beri makan untuk anak-anak kami, masa itu menjadi sukar buat keluarga kami,” ujarnya.

Pavithra kemudiannya memberitahu akan kembali memuatnaik video masakannya di Youtube dan memohon maaf kerana bertindak memadam kesemua video lama.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ada Pegawai, Anggota Polis Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengesahkan pihaknya menerima maklumat ada di kalangan pegawai dan...

Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum...

Guna saluran tepat lapor kegiatan jenayah – Hamzah

SUNGAI BULOH, 10 Ogos  -- Orang awam disaran menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam, kata Menteri...

Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi 'dacing' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri...

Anifah Gesa Musa Beri Laluan Kepada Muka Baru

Meskipun mengakui sumbangannya sepanjang menjadi ketua menteri Sabah, namun Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berpendapat sudah tiba masa untuk abangnya,...