Keluarga Arwah Zulfarhan Terkilan Dengan Keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR: Zulkarnain Idros, bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman tidak menjangkakan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang ‘berpihak’ kepada enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mengetepikan sabitan dan hukuman gantung.

Malah lelaki berusia 61 tahun itu juga tidak bersedia bertemu keluarga enam bekas penuntut itu jika mereka berniat untuk memohon maaf.

“Kami bertawakal, terima kasih kepada wartawan Malaysia yang (melaporkan kes ini) dan saya jangka ia akan keluar dalam media massa namun masih ada komen-komen positif diutarakan.

“Saya rasa jika mereka nak datang jumpa empat tahun lagi, lebih baik tak payah datang. Takut luka lama berdarah kembali.

“Keluarga mereka datang jumpa saya minggu ini dan minta maaf. Mereka tak reda perbuatan anak mereka dan ingin mohon maaf tapi takut saya masih marah,” ujarnya ketika ditemui pihak media selepas Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan hari ini.

Perasaan yang sama diluahkan oleh isterinya,
Hawa Osman, 62, yang nengakui terpaksa reda dengan keputusan rayuan enam tertuduh berkenaan.

“Jika mereka keluar empat tahun lagi dan mereka nak datang jumpa, saya hendak buat macam mana?

“Saya akan minta mereka mohon maaf pada arwah sebab jika saya maafkan sekalipun, arwah tidak akan hidup balik,” katanya.

Panel tiga hakim hari ini membuat keputusan mengetepikan sabitan dan hukuman gantung terhadap keenam-enamnya kerana membunuh Zulfarhan yang juga penuntut UPNM dan mengembalikan hukuman penjara 18 tahun yang diputuskan Mahkamah Tinggi.

BBerkaitan

Latest articles