Keluarga Adib tarik balik rayuan prosiding penghinaan terhadap Tommy Thomas, Anggap ianya selesai dan tamat

Kuala Lumpur — Keluarga Allahyarham Adib, anggota bomba yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 2018 hari ini menarik balik rayuan yang dikemukakan bagi prosiding penghinaan Mahkamah terhadap Tommy Thomas / Jabatan Peguam Negara.

Menurut peguamcara yang mewakili bapa arwah Adib, tetuan Mohd Zubir Embong , mereka telah diarahkan untuk menarik balik rayuan yang masih berlangsung di Mahkamah Rayuan, berhubung permohonan mengkomitkan Tommy Thomas atas tuduhan menghina Mahkamah, kerana pihak keluarga tidak lagi mahu memanjangkan perkara ini.

Menurutnya terdapat tiga rayuan di Mahkamah Rayuan. Pertama, rayuan oleh Jabatan Peguam Negara bagi menegaskan bahawa Hakim Koroner tiada bidangkuasa untuk mendengar dan menghukum seseorang, termasuk Tommy Thomas, atas kesalahan menghina Mahkamah; manakala dua lagi rayuan adalah oleh bapa arwah Mohd Adib bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Tommy Thomas mempunyai hak merayu dan rayuannya diterima katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Menurut Firma guaman itu lagi, pihak keluarga arwah Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap Tommy Thomas / Jabatan Peguam Negara, selesai dan tamat di sini, serta berharap masyarakat dapat membenarkan ahli keluarga arwah untuk meneruskan kehidupan dengan memandang ke hadapan serta memulakan kehidupan baharu.

“ Dalam masa yang sama, harus ditegaskan bahwa keputusan penyelesaian di peringkat rayuan penghinaan Mahkamah ini tidak sama sekali mengusik atau mengubah keputusan dan dapatan oleh Mahkamah Koroner pada 27 September 2019, yang mengesahkan bahawa arwah Adib mati dipukul (walaupun pembunuhnya tidak dapat ditemui hingga ke hari ini), dan bahawa kematian arwah turut disumbangkan oleh kegagalan pasukan PDRM dan FRU mengawal rusuhan.

“ Alasan penghakiman setebal 52 halaman oleh Hakim Koroner itu tidak pernah diakas oleh mana-mana Mahkamah yang lebih tinggi, dan dengan yang demikian itu, kekal sebagai dapatan fakta yang autoritatif.

“ Pendirian keluarga arwah untuk menarik balik rayuan komital ini juga tidak bererti bahawa usaha mencari pembunuh arwah Adib tidak boleh diteruskan oleh PDRM, kerana siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang.

“ Perjuangan menuntut keadilan untuk seorang anggota kerajaan yang mati dibunuh ketika dalam bertugas menjaga keamanan juga boleh diteruskan oleh mana-mana masyarakat sivil, orang awam, serta badan-badan bukan kerajaan yang prihatin katanya.

BBerkaitan

Latest articles