Keluar PKR, Xavier Umum Sokong Kerajaan PN

Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan untuk keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

Xavier yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat itu menyatakan sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang sebagai wakil rakyat bebas.

“Saya akan meneruskan khidmat di kawasan dan menyokong kerajaan dan yakin dapat memenuhi janji-janji saya kepada penduduk Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Xavier mendakwa dirinya kecewa dengan tindakan sesetengah pihak mahu meneruskan pilihan raya umum dalam keadaan pandemik yang tidak mengizinkan.

Xavier menyertai PKR sejak 1998 dan memegang pelbagai jawatan baik parti dan kerajaan sebelum ini.

Sebelum itu, dua ahli Parlimen dari PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) telah meninggalkan PKR pada Februari lalu.

BBerkaitan

Latest articles