More

    Keluar Parti? Amanah Yang Buat Keputusan, Kata ADUN Meru

    ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menegaskan yang dia tidak tahu-menahu mengenai pengisytiharan keluar parti oleh Amanah untuk dirinya pagi tadi.

    Sehingga kini, Fakhrulrazi memaklumnya dirinya belum menerima apa-apa notis daripada Amanah dan hanya mendapat tahu mengenai hal itu melalui media sosial.

    “Saya tak ada komen. Saya tak ada apa. Saya tak ada cerita nak nafi. Saya tak kata apa-apa.

    “Tengok bila benda itu (spekulasi keluar parti) dah tular, tak sampai 24 jam mereka (Amanah) dah buat keputusan. Saya nak buat apa?”

    “Saya tak ada isytihar pun (keluar parti). Kalau itu keputusan parti, saya akur,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

    Sebelum ini Fakhrulrazi seperti yang dimaklumlanSetiausaha Amanah Selangor, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim, mengesahkan dia telah keluar parti untuk menyertai PKR.

    Tindakan itu menyebabkan kesemua jawatan parti yang disandangnya terlucut.

    Mohd Fakhrulrazi tidak mahu mengulas lanjut dakwaan sudah menyertai PKR sebaliknya akan memberi penjelasan apabila “sampai masa”.

    “Nanti saya akan jelaskan bila sampai masa,” katanya lagi.

    Spekulasi keluar parti membabitkan Mohd Fakhrulrazi bertiup semalam, mendakwa dia akan menyertai PKR, namun ketika dihubungi semalam, Mohd Fakhrulrazi juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

    Amanah memenangi sembilan kerusi di dewan negeri Selangor semasa pilihan raya umum 2018.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini