Keluar Mengundi Awal, Pesan PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa para pengundi di enam buah negeri yang terlibat dalam pilihan raya untuk keluar awal bagi melunaskan tanggungjawab mereka.

Dalam masa yang sama, Anwar berkata beliau berpuas hati dengan suasana pengundian di keenam-enam negeri yang berjalan lancar dan tenang.

“Musim kempen sudah selesai, jadi kembali bersilaturrahim,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, hari ini.

Menurut beliau, apa yang penting adalah Kerajaan Persekutuan akan berfungsi seperti biasa esok.

Tambah Anwar, beliau akan ke Cherok Tok Kun kemudian akan pulang ke Kuala Lumpur.

“Pada masa sama, saya akan pantau (perkembangan undi PRN) begitu sahaja, saya tidak tumpu mana-mana tempat secara khusus hari ini,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles