Kelindan Lori Maut Dua Lagi Cedera Lori Terbabas Langgar Papan Tanda Dekat Gurun

KUALA LUMPUR: Seorang kelinda lori maut, selepas lori dinaiki terbabas dan melanggar papan tanda di KM77.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan di Gurun semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan turut mencederakan dua lagi mangsa, termasuk pemandu lori.

Beliau berkata, mangsa maut, Mohamad Zulfiqry Zunaidi Abdullah, 20, beralamat di Senggarang Johor mengalami pelbagai kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wan Azharuddin berkata, siasatan awal mendapati, lori yang membawa muatan barangan rumah itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Pendang ke Sungai Petani.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, lori yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tiang papan tanda.

“Akibat kemalangan, mangsa yang duduk di bahagian kiri penumpang dipercayai terperangkap dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat.

Manakala dua mangsa masing-masing mengalami kecederaan di kepala dan kaki dihantar ke Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semalam media melaporkan seorang kelindan sebuah lori cedera parah akibat tersepit selepas lori yang dinaikinya terbabas dan melanggar papan tanda di Kilometer 77.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di Gurun, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Mohd Fauzi Razali, berkata anggotanya berusaha mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus selepas itu.

Katanya, turut cedera dalam kemalangan itu adalah pemandu lori berusia 33 tahun serta seorang lagi kelindan berusia 24 tahun.

BBerkaitan

Latest articles