More

    Kelancangan Mohamaddin Boleh Dihukum Mengikut Akta Polis, Kanun Keseksaan

    Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi boleh dikenakan mengikut Akta Polis dan Kanun Keseksaan kerana menghina anggota polis dan penjawat awam, susulan kenyataan kontroversinya berhubung pertempuran di Kampung Tanduo, baru-baru ini.

    Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata meskipun ucapannya ditujukan kepada anggota keselamatan yang maut dalam pertempuran bersama pengganas Filipina itu, namun ia turut memberi kesan kepada pasukan yang sednag bertugas.

    “Kalau menghina tindakan polis, (boleh dihukum) di bawah Akta Polis, menghina penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan pun ada.

    “Walaupun orang itu sudah meninggal dunia, tapi dia cakap soal keselamatan, mestilah tentera dan polis.

    “Masih ramai tentara dan polis yang masih hidup,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

    Sehubungan itu Musa menggesa siasatan terhadap Mohamaddin disegerakan supaya Ahli Majlis Tertinggi Warisan itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan yang setimpal.

    “Jangan ingat bila kita terlibat dalam politik, kita boleh membelakangi undang-undang atau kita lebih teratas daripada undang-undang.

    “Tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadap diri kita, kerana kita adalah orang politik.

    “Semua (orang) di mata undang-undang semuanya sama, tidak ada sesiapa boleh melangkaui undang-undang,” katanya.

    Musa menyifatkan penghinaan tersebut sebagai sesuatu yang tidka boleh dikompromi dan dimaafkan.

    Untuk rekod, Mohamaddin yang juga calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama mencetuskan kemarahan pelbagai pihak atas keceluparannya terhadap anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden berdarah berkenaan.

    Bekas menteri pelancongan, seni dan budaya itu tampil dengan permohonan maaf selepas dikecam dan mendakwa ucapannya telah disalah tafsir.

     

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini