More

    Kekurangan Dana, Hasrat 2 Pendaki Malaysia Tawan Everest Tertangguh

    Kuala Lumpur – Perancangan 2 pendaki Malaysia untuk menawan puncak tertinggi di dunia tertangguh ekoran kekangan dana secara keseluruhannya dan kekangan masa yang dihadapi mereka.

    Perkara itu dimaklumkan Pengarah Program Keluarga Malaysia Ekspedisi Everest 2022 Datin Maria Abdullah,di dalam satu sidang media dan berkata program itu akan diteruskan di tahun hadapan.

    Walau bagaimanapun kata Pengasas MYPW itu lagi, seorang lagi pendaki iaitu Ravichandran yang kini sudah berada di Everest Base Camp dan dijangka akan meneruskan perjalanan beliau pada hujung April in ke Camp 1, Camp 2, sehingga ke Puncak Everest katanya di dalam satu sidang media di taman kelab Tasik Perdana petang tadi.

    Tambahnya menurut perancangan asal Program Keluarga Malaysia Ekspedisi Everest 2022 itu, pendaki dari Malaysia akan bergerak dalam kumpulan yang disertai lima pendaki termasuk dua pendaki wanita daripada Sabah dan Sarawak serta lima sherpa atau malim gunung.

    Adelina ketika membuat panggilan video bersama pendaki everest, ravichandran

    Sementara itu, Adelina Ritangah, pendaki dari Sabah yang sepatutnya mengikuti program itu ketika ditemui berkata pada mulanya apabila mendengar berita itu beliau berasa sedikit kecewa, namun ia percaya ada hikmahnya dan beliau tetap meneruskan latihan untuk meneruskan misinya yang dijangka akan dicapai pada tahun hadapan.

    “ Rancangan saya selepas ini, saya akan terus meneruskan latihan dan mungkin membuat latihan di kawasan yang beraltitud tinggi bagi membiasakan diri dengan keadaan disana’

    Beliau yang turut mendapat kata-kata semangat daripada pendaki Everest, Ravichandran secara panggilan video selepas sidang media itu tamat berkata, Ravi tetap memberikan beliau semangat dan jangan bersedih dan teruskan latihan unutk program itu tahun hadapan

    “ Beliau berkata saya mungkin akan ke Base Camp di Katmandu bagi meneruskan latihan tidak lama lagi.

    Dalam pada itu, Maria berkata Ravi yang membawa bersama air minuman rasmi “Air Minuman MYPW” yang penuh beroksigen terbukti banyak membantu beliau kekal bertenaga dan berkhasiat akan mencipta rekod pendakian apabila tidak menggunakan tabung oksigen ketika pendakian.

    “ Beliau akan mencipta recod pendakian Everest tanpa menggunakan Tangki Oksigen dan beliau rakyat Malaysia yang pertama akan berbuat demikian.

    Bersama-samalah kita mengikuti perkembangan perjalanan beliau dari masa kesemasa sehingga sampai ke Puncak Everest dan mengibarkan bendera Malaysia dan membawa MYPW ke kemuncak dunia katanya lagi.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini