Kekalahan Kepada Arab Saudi Buat Argentina Kembali Bingkas Bangkit

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menyifatkan kekalahan pasukannya kepada Arab Saudi dalam perlawanan pertama kempen Piala Dunia mencetus kebangkitan skuad La Albiceleste.

Menurutnya, pemain Argentina memberi respon yang positif selepas kekalahan tersebut sekali gus berjaya menang lima perlawanan berturut-turut dan mara ke final.

“Selepas kami tewas kepada Arab Saudi, kami merasai kasih sayang dan sokongan daripada penyokong, seluruh negara, rakyat kami dan ia sesuatu yang sangat hebat memberikan tenaga dan kekuatan kepada kami.

Saya cuba untuk tidak beremosi tetapi ia agak sukar kerana saya berada di tempat yang menjadi impian rakyat Argentina. Mewakili negara saya adalah perkara yang paling menyentuh hati.

“Selepas itu, anda boleh kalah atau menang, tetapi ia kerana semua pemain dan rakyat Argentina. Mereka bersama kami ketika kalah dan ia sesuatu yang tidak pernah saya alami,” katanya.

Arab Saudi mengejutkan Argentina dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menewaskan pasukan dari Amerika Selatan itu 2-1 pada 22 November lalu.

Bagaimanapun, bangkit untuk menang kesemua perlawanan dicetuskan oleh bintang sensasi mereka, Lionel Messi yang terlibat dalam lapan daripada 12 gol yang dijaringkan pasukannya di Qatar.

Pemain berusia 35 tahun itu juga meledak satu gol dalam perlawanan separuh akhir menentang Croatia dan dinobat pemain terbaik perlawanan.

Dalam pada itu, Scaloni menghamburkan pujian kepada Messi dan tidak pernah meragui kemampuan pemain terbaik dunia itu.

“Bagi saya, amat menarik untuk melihatnya beraksi dan dia sememangnya seorang pemain terbaik dunia.

“Setiap kali saya melihatnya, dia mencipta sesuatu dan memberikan cetusan kepada rakan sepasukan dan rakyat. Bukan sahaja kepada rakyat Argentina. Kami bertuah kerana dia mewakili kami,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,682FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini