Kekalahan Di PRN Johor Peringatan Untuk PRU15 – PKR

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi lemah partinya dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam sebagai suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk kembali merangkul kekuatan bagi mendepani pilihanraya umum kelak.

Namun, Anwar memaklumkan bahawa pihaknya menerima pilihan rakyat Johor yang menyokong Barisan Nasional (BN).

“Kita amat khuatir dengan trend peratusan keluar mengundi yang amat mendukacitakan serta boleh mengugat proses demokrasi,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Dalam masa yang sama Anwar mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor.

“Penghargaan saya buat semua pendukung dan jentera KEADILAN serta PH yang berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri ini,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles