Kejam! Ibu Bapa Kurung Anak Dalam Kandang Anjing, Dikelilingi 700 Haiwan Termasuk Ular

Sepasukan polis di Henry Country, Tennessee, Amerika Syarikat pada Khamis lalu berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dikurung di dalam sebuah kandang anjing.

Lebih memeranjatkan, kandang tersebut dikelilingi dengan 700 haiwan yang tidka dijaga dengan baik termasuk lapan ekor ular.

Penemuan polis itu sekaligus membongkar aktiviti sebuah keluarga yang menanam ganja dan turut menjual haiwan.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan, yang masing-masing berusi 42 dan 46 tahun, serta datuknya, 62, ditahan polis dan bakal berdepan dengan pelbagai pertuduhan.

Pegawai polis memaklumkan jumlah haiwan yang ditemui adalah lapan ekor ular, 56 ekor anjing, 10 ekor arnab, 86 ekor ayam, seekor cicak dan 531 ekor tikus dan hamster.

“Di ruang tamu ada seorang kanak-kanak dikurung dengan lapan ekor ular dan makanan ular diletakkan berdekatan kandang menempatkan budak itu.

“Ular berada di ruang yang sama dan anda boleh lihat tikus turut lari ke sana sini,” katanya.

Polis percaya kanak-kanak malang itu menghabiskan sebahagian besar masanya di dalam kandang.

Mereka percaya kanak-kanak itu dibiarkan tanpa memberi makanan selain terkejut melihat banyak sampah di sekeliling kandang itu.

“Anda akan merasa sedih apabila melihat kandang menempatkan kanak-kanak itu.

“Ada banyak mainan bersamanya, tiada buaian, tiada selimut buatnya.”

BBerkaitan

Latest articles