Kedudukan Anwar Di PD Goyah, 100 Pemuda PKR Umum Keluar Parti

Hala tuju parti yang semakin samar dengan hanya berjuang untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, menjadi alasan untuk hampir 100 ahli Pemuda PKR Port Dickson bertindak parti berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi Tetap Pemuda PKR bahagian itu, Amiruddin Abdul Wahab juga mengkritik parti itu yang sanggup memecat sekumpulan pemimpin dan ahli PKR hanya kerana berbeza pandangan.

Selain Amiruddin, turut mengambil keputusan keluar parti adalah setiausaha dan kesemua 15 ahli jawatankuasa Pemuda Port Dickson.

“Malah parti juga sanggup memecat ahli yang banyak berjasa semata-mata berbeza pandangan dalam perkara kecil. Anggota dikehendaki taksub dengan cita-cita menjadikan Anwar perdana menteri dan siapa yang tidak akur akan dipecat.

“Perbincangan mengenai reformasi dan pembelaan rakyat semakin jauh, sebaliknya tajuk utama hanya berkisar kepada label-melabel dan menyerang sesama sendiri akibat taksub dengan sosok dan cita-cita menjadi perdana menteri,” katanya pada sidang media pengisytiharan keluar parti pada petang tadi.

Amiruddin dan kesemua yang lain turut mengisytiharkan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, YTan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Amiruddin juga memberitahu kepimpinan Pemuda PKR Bahagian tersebut juga tergantung susulan ketuanya Mohd Nazir Hamed mendapat undi tidak percaya pada mesyuarat agung tahunan Pemuda 2019, sementara timbalan ketua Muhammad Affandi Abd Malik dan naib ketua Ammar Abd Rashid pula digantung keahlian bulan lalu.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini