Kedudukan Anwar Akan Goyah Jika 30 MP PH Pula Umum Tak Sokongnya – Tun M

KUALA LUMPUR: Adalah tidak mustahil sekiranya 20 hingga 30 ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian untuk tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa perkara itu boleh terjadi sebagaimana lima ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada perdana menteri.

“Saya fikir mudah sahaja, hari ini kita lihat lima orang daripada Bersatu menyatakan mereka sokong Anwar, dengan itu Anwar jadi kuat.

“Kita juga boleh adakan 20 hingga 30 orang yang sekarang ini menyokong Anwar, buat kenyataan kami ahli Keadilan, DAP dan Amanah tapi kami tak sokong Anwar, itu demokrasi.

“Demokrasi kerajaan bergantung kepada sokongan daripada majoriti, kalau tiada majoriti, tiada kerajaan, tapi mereka tak nak lompat laa, tak dapat duit, kira duit dulu laa,” katanya pada Minggu Negarawan bertajuk Setahun Kerajaan PH-BN di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal merupakan wakil rakyat Bersatu yang kelima bertindak menyokong kepimpinan Perdana Menteri di Parlimen.

Tindakan itu selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

BBerkaitan

Latest articles