Kedah Larang Aktiviti Hiburan ‘Terkinja-kinja’

ALOR SETAR: Sebarang bentuk hiburan seperti konsert yang akan mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak lagi dibenarkan di Kedah, demikian menurutbMenteri Besarnya, Datuk Seri Sanusi Md Nor.

Ketetapan itu diambil susulan konsert hiburan ‘Muda Mudi Weekend Fest’ di Balai Seni Alor Setar kelmarin, yang menyaksikan ramai anak muda terkinja-kinja tanpa arah.

“Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run, fun ride, treasure hunt, pertandingan memancing, dan lain-lain pertandingan yang selari dengan undang-undang, garis panduan program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan.

“Semua pegawai daerah yang mempengerusikan jawatankuasa berkaitan pelesenan hiburan telah dimaklumkan tentang hal ini dan arahan ini berkuatkuasa serta merta,” katanya di Facebook.

Semalam, tular di media sosial rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan anak muda sambil melakukan pelbagai aksi antaranya menari di Balai Seni Alor Setar dan ia mengundang rasa rasa kurang senang memandangkan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah Mohd Firdaus Ahmad dalam laporan media semalam dipetik sebagai berkata pihak kerajaan negeri tidak mendapat maklumat terperinci mengenai pengisian festival itu termasuk konsert yang diadakan dan pihaknya akan memanggil penganjur utama festival itu bagi mendapatkan penjelasan.

Latest articles

Related articles

spot_img