Kecuali Sarawak, semua pelajar IPT dibenar pulang sambut Aidilfitri

PELAJAR Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, bermula 7 Mei ini.

Bagaimanapun kebenaran itu tidak termasuk pelajar di Sarawak, menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan semalam

KPT menjelaskan Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam bersetuju untuk membenarkan pelajar IPT pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Aildilfitri kecuali Sarawak.

“Para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau

kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut. Kebenaran ini adalah

selaras dengan kelonggaran diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan,” katanya kenyataan itu.

Sehubungan itu, KPT menjelaskan, pihaknya telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerakan terkawal.

“Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing-masing ialah pada 7 – 12 Mei 2021, manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus pada 15 – 20 Mei 2021.

“Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri/daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar,” katanya.

KPT juga menjelaskan pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang

diselaraskan oleh IPT.

Katanya, pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

“Pergerakan sempena cuti perayaan Aidilfitri ini dianggarkan hanya melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar.

“Pelajar-pelajar ini terdiri daripada enam kategori yang dibenarkan untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kampus sebelum ini,” katanya.

Menurut KPT lagi, pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri dan Dokumen Soalan Lazim yang disediakan melalui portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my.

Pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

BBerkaitan

Latest articles