Keberadaan Bekalan Telur ayam Di Selangor Kini Di Paras Anggaran 65 Peratus kata Ketua Pengutkuasa KPDNKSH Selangor

SELAYANG – menurut Analisa yang dijalankan, berdasarkan kepada maklumat dan pelaporan yang dibekalkan oleh pihak pemborong, pengeluar dan peruncit kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Selangor, keberadaan bekalan telur ayam di Selangor kini adalah di paras anggaran 65 peratus.

Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Selangor Mohd Khairi bin Jamaludin berkata kekurangan bekalan telur berlaku di pelbagai tempat namun kekurangan ini bersifat sementara.

Menurutnya sekiranya bekalan ini sampai hari ini, kemungkinan penjualannya berlaku terlalu cepat dan pantas, dan apabila pengguna datang kadang-kadang stok bekalan itu sudahpun habis terjual di dalam masa-masa tertentu namun bekalan tetap ada katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan situasi bekalan dan harga telur ayam di pasaraya Seri ternak, Selayang di sini hari ini.

Menurutnya lagi orang ramai diminta untuk teruskan melapor kekurangan ini kepada pihaknya dan jika boleh elakkan dari menularkan kekurangan ini melalui media sosial yang boleh menimbulkan lagi situasi panik pengguna katanya lagi.

Menurutnya, setakat dari januari 2022 aduan membaitkan telur ayam yang telah diterima pihaknya adalah sebanyak 95 aduan iaitu membabitkan isu harga dan juga bekalan manakala aduan membabitkan minyak masak pula, adalah 51 aduan yang membaitkan aduan bekalan dan juga harga katanya.

Dalam pada itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Selangor konsisten melaksanakan direktif untuk memfokuskan isu kos sara hidup sebagai gerak kerja utama KPDNKSH Selangor.

Pihaknya kini memberikan tumpuan untuk memeriksa bekalan ayam, telur ayam dan juga minyak masak di bawah perlaksanaan Ops ATM dimana melalui Ops ATM iaitu ayam, telur ayam dan minyak masak yang dijalankan hari ini membabitkan penugasan pegawai dari Ibupejabat KPDNKSH Shah Alam dan cawangan Gombak.

Tambahnya fokus pemeriksaan pagi ini adalah untuk melihat dari segi keberadaan secara fizikal ke atas barang-barang yang menjadi keperluan isu rumah ataupun pengguna yang membabitkan ayam, telur dan minyak masak.

Katanya pemeriksaan yang dijalankan secara harian dan juga berkala juga membabitkan kekuatan 198 anggota penguatkuasa.

“ Fokus pemeriksaan kami adalah melihat keberadaan secara fizikal di premis, pematuhan harga Ayam, telur ayam dan minyak masak di mana ayam dan telur ayam diletakkan di bawah penentuan harga maksimum yang bermula 2 februari 2022 lalu.

Katanya tujuan kawalan ini dilakukan supaya mana-mana peniaga patuh dan tidak mengenakan harga yang lebih tinggi dariapda harga yang ditetapkan oleh kerajaan

Mengulas lanjut, katanya dari segi tindakan proaktif, sebaik sahaja pihak mereka menerima aduan, terus mereka membuat siasatan susulan dan membantu pihak premis yang mengalami kekurangan dan ketiadaan minyak masak, untuk membantu pembekalan segera kepada premis-premis yang kurang ataupun ketiadaan minyak masak tersebut.

Dalam pada itu, menurut Khairi lagi, pihaknya turut maklum mengenai kekurangan bekalan telur ayam yang kini berlaku.

Katanya jika semua maklum pada bulan jun lalu, kita mengelami sedikit gangguan bekalan ayam daging namun ianya bersifat sementara dan dalam beberapa bulan ianya dapat diselesaikan.

Dan sedikit gangguan bekalan telur ayam yang berlaku kini, dan saya yakin bahawa gangguan ataupun kekurangan bekalan telur ayam ini juga bersifat sementara dan pihaknya akan cuba untuk menyelesaikan perkara ini di dalam jangka masa terdekat ini katanya.

KPDNKSH Selangor meminta kerjasama orang ramai untuk mempraktikkan PENGGUNA BIJAK ADU mengenai salah laku mana-mana peringkat perniagaan menerusi saluran aduan rasmi seperti di bawah :

Whatsapp 019-279 4317/ 019-848 8000
Portal e-aduan.kpdnhep
Call Centre 1-800-886-800
Emel [email protected]
Ez ADU KPDNHEP
Bilik Gerakan KPDNKSH Selangor 03-5514
4393/5518 1810/ 5512 5485

BBerkaitan

Latest articles