Keahlian UMNO Haslihelmy Terlucut Selepas Tanding Bebas

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keahlian Haslihelmy DM Zulhasli terlucut serta-merta kerana bertanding sebagau calon bebas bagi PRK DUN Pelangai.

Sinar Harian melaporkan Haslihelmy, 36, merupakan ahli UMNO Bahagian Kampung Sum-Sum.

Haslihelmy, yang juga Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang sebelum ini dilaporkan bersedia dengan tindakan parti, termasuk dipecat selepas bertanding sebagai calon bebas.

Beliau mendakwa keputusan untuk bertanding kerana mahu membawa suara rakyat terutama generasi muda di kawasan itu didengar.

Hari ini, berlangsung penamaan calon bagi PRK Pelangai dengan Barisan Nasional menampilkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam, 50, manakala Naib Yang Dipertua PAS Bentong Kasim Samat, 62, mewakili PN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 3 Okt, manakala 7 Okt hari pengundian. Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim, calon Pakatan Harapan Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad.

BBerkaitan

Latest articles