Keahlian Gugur Jika Ada ADUN UMNO Sabotaj Kerajaan Melaka

 

KUALA LUMPUR: “Jika didapati ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang melakukan kerja itu dan boleh menjatuhkan kerajaan, maka secara automatik keahliannya akan tergugur.”

Demikian amaran Timbalan Presiden UMMO, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan khabar pergolakan kerajaan negeri Melaka yang bertiup kencang beberapa hari ini.

Kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) berikutan dakwaan sabotaj dalam kalangan wakil rakyatnya.

“Itu sajalah bagi pihak parti. Saya berharap wakil rakyat, Ketua Menteri dan Speaker dapat memainkan peranan,” kata Mohamad lagi mengulas dakwaan betkenaan.

Kekecohan berkenaan kerajaan negeri Melaka diperkatakan apabila empat wakil rakyat atau ADUN termasuk dua dari UMNO dan BN hendak melompat kepada PH.

Daripada empat ADUN itu, antara yang disebut adalah ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan; dan ADUN Telok Mas dari PPBM, Noor Effendi Ahmad.

Bagaimanapun, Norhizam dan Idris telah menafikan dakwaan itu semalam.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini