Keadaan Kesihatan Tun M Semakin Memberansangkan

KUALA LUMPUR: Datin Paduka Marina Mahathir hari ini memaklumkan keadaan kesihatan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan peningkatan pada hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Marina memberitahu selera makan bekas Perdana Menteri itu semakin baik, malah sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisinya di Institut Jantung Negara (IJN).

“Tun Dr Mahathir juga diberitahu mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.

“Tun Dr Mahathir berserta keluarga, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih,” katanya.

Dalam pada itu, Marina berkata, Dr. Mahathir memohon supaya orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.

“Tun Dr Mahathir akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan.

“Buat masa ini, pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat selain dari keluarga terdekat,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles