Keadaan Agong Semakin Baik Selepas Rawatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan eadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif.

Menurut Perdana Menteri, dalam lawatan rasmi ke Bahrain, beliau berkesempatan menghadap Seri Paduka Baginda sebanyak dua kali di sini.

“Alhamdulilah, rawatan konservatif di peringkat awal itu nampak berhasil walaupun harus dipantau.

“Kesihatan Seri Paduka Baginda jauh lebih baik dan oleh itu sebelum meneruskan rawatan berikutnya Seri Paduka Bagiqnda telah putuskan untuk pulang dahulu esok dan insya-Allah meneruskan rawatan jika perlu.

“Tetapi kita bersyukur kerana keadaan Seri Paduka Baginda jauh lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa dan akan berlepas pulang ke ibu negara, 5 petang waktu tempatan.

Semalam, menerusi catatan dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Perdana Menteri dilaporkan telah mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda.

Sehari sebelumnya, Istana Negara memaklumkan Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada 21 Februari ini ini.

Kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo.

Pada 7 Februari lepas, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

BBerkaitan

Latest articles