KDN Warta Larangan Terhadap Buku Kontroversi

Susulan kontroversi terhadap buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia, Kementerian Dalam Negeri pada semalam telah mewartakan larangan terhadapnya.

Keputusan itu tertakluk di bawah Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Penerbitan Tidak Diingini) 2020; yang melarang pencetakan, pengimportan, pengeluaran, pengeluaran semula, penerbitan, penjualan, penerbitan, edaran, pengedaran atau pemilikan buku berkenaan.

Buku itu dikatakan “dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia” kerana dianggap “memudaratkan ketenteraman awam, yang mungkin memudaratkan keselamatan, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara”.

Sejak minggu lalu, buku yang disusun oleh editor Kean Wong dan diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) mencetuskan kontroversi akibat penggunaan imej yang menyerupai Jata Negara.

Pelbagai pihak, termasuk Umno, PAS dan MCA membuat laporan polis berkenaan buku berkenaan.

 

Puteri UMNO Desak Rampas Buku, Tamat Permit Percetakan

Tiada Maaf Untuk Penerbit Buku Dengan Grafik Hina Jata Negara

Hina Jata Negara: Penerbit Buku Mohon Maaf

Wanita Gesa Tindakan Segera Isu Ubah Suai Lambang Jata Negara

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini