KDN Tubuh Unit Siasat Kematian Dalam Tahanan

 

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini memaklumkan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan ditubuhkan bagi menyiasat kes melibatkan tahanan di lokap.

Unit berkenaan akan memberi tumpuan siasatan berunsur jenayah dan mengenal pasti subjek, siasatan kecuaian atau kelalaian anggota serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan arahan dikeluarkan.

“Unit berkenaan mula beroperasi 1 Januari ini dengan permulaan 14 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai seorang pegawai kanan polis berpangkat superintenden dan dibantu 12 pegawai polis serta seorang pegawai awam.

“Unit ini beroperasi di bawah kendalian Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Aspirasi Keluarga Malaysia: Peluasan Fungsi Pos Kawalan Keselamatan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

Penubuhan USJKT sekaligus mempamerkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan terhadap suara rakyat, selain memulihkan integriti dan imej pihak polis.

“Saya sudah jelaskan di Parlimen, kematian di lokap berlaku bukan sebuah perkauman seperti dibangkitkan setengah pihak dan tidak ada kena mengena dengan jantina,” katanya.

Hamzah turut memaklumkan sebanyak 176 kematian dalam lokap direkodkan sejak tahun 2015 hingga 2021.

Sehubungan itu KDN akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk melantik panel doktor sekiranya kes-kes berkaitan tahanan berlaku.

BBerkaitan

Latest articles