KDN Pastikan Keadilan Buat Koperal Safwan – Hamzah Zainuddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memastikan pembelaan sewajarnya ke atas Allahyarham Koperal Safwan Mohd Ismail, 31 yang maut dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas 3 Mei lalu.

Jaminan itu diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang menziarahi keluarga Allahyarham di Taman Jaya Delima, Tanjung Rambutan pagi tadi.

Kehadiran Hamzah itu turut diiringi Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husin bersama Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Datuk Mazlan Santarai.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi pada 3 Mei lalu, Safwan yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lekas maut selepas dirempuh sebuah Toyota Hilux disyaki dipandu pemandu mabuk.

Beliau yang juga anggota di Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Baca :-

UNDANG-UNDANG BERKAITAN PEMANDU MABUK AKAN DIKAJI SEMULA – HAMZAH ZAINUDDIN

Pada 13 Mei lalu, seorang ahli perniagaan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga merempuh anggota polis di sekatan jalan raya Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Kajang, pada 3 Mei lalu didakwa di dua mahkamah berasingan.

K Kalaichelvan, 44, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dengan tiga pertuduhan membabitkan Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 26 (1) akta sama kerana memandu di bawah pengaruh alkohol serta memandu tanpa lesen sah dan Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil oleh juru bahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.

Latest articles

Related articles

spot_img