Kawalan Harga Ayam Boleh Dilakukan Semula Jika Semakin Mahal, Bebankan Pengguna

KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh melaksanakan langkah intervensi di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi memastikan ayam dijual pada harga tidak membebankan rakyat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Mohd Sayuthi Bakar bagaimanapun berkata langkah itu hanya akan diambil jika harga sudah tidak terkawal dan terlalu membebankan.

Langkan intervensi itu membolehkan kerajaan melaksanakan kawalan harga semula, sama ada secara bersubsidi atau tidak bersubsidi.

“Itu mungkin langkah akhir, apa-apa pun kita akan pantau terlebih dahulu mulai 1 November, tapi, kita yakin bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak.

“Mungkin ada tempat tertentu terutama di pasar raya pengguna boleh mendapatkan harga yang mungkin lebih rendah daripada harga kawalan sebelum ini,” tambah beliau.

Terdahulu, kerajaan pada hari ini mengumumkan langkah menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam yang akan berkuatkuasa Rabu ini.

BBerkaitan

Latest articles