Kawalan Darat Dan Laut Di Sabah Diperketatkan – Menteri KDN

Kerajaan akan mengetatkan lagi kawalan di darat dan laut negeri Sabah untuk menghalang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke dalam negeri itu kerana ia turut mengundang risiko faktor penyebaran wabak COVID-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kementerian itu mengambil serius peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan di Sabah dan sudah pun mengarahkan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperketatkan kawalan.

“Agensi di bawah KDN iaitu Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Agensi Kawalan Sempadan dan Jabatan Imigresen Malaysia telah diarah memperketatkan kawalan sempadan darat dan laut negeri Sabah.

“Saya turut mengarahkan bilangan anggota dan operasi yang terlibat dalam Op Benteng ditambah sebagai langkah memastikan pencerobohan PATI yang mungkin membawa virus COVID-19 dan penyebarannya dalam kalangan rakyat tempatan dapat dikekang,” katanya dalam satu kenyatan di Facebook, hari ini.

Katanya, KDN akan terus membuat pemantauan perkembangan terbaru di semua lokasi panas yang dijadikan tempat mendarat PATI atau laluan tikus yang digunakan untuk masuk ke negara ini secara tidak sah.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...