Isu bermadu amat sensitif di kalangan kaum wanita. Tanyalah siapa sahaja yang bergelar isteri, pastinya mereka mahu menjadi hanya satu-satunya isteri bagi lelaki yang dikahwininya.
Tidak dinafikan ada golongan wanita yang terbuka dengan isu kahwin lebih dari satu dan menjalani hubungan yang baik dengan madu mereka, namun situasi ini jarang ditonjolkan.
Tular sejak semalam adalah satu posting dari seorang pemilik akaun Facebook yang memuatnaik status yang tertera seperti di bawah;
“Isteri kedua bukan perampas, tapi takdir,” status tersebut dimuatnaik di laman Facebook Info Roadblock Di Kelantan (IRDK) pada semalam.
Status ‘panas’ berkenaan mendapat lebih dari 1,000 komen dari pemilik akaun Facebook yang lain dan lebih 2,000 tanda suka.
“Jangan salahkan takdir, dah jenis suami gatal. Kalau isteri tu cantik pun, kalau jenis gatal dia tetap kahwin lain.”
“YE SIS MEMANG TAKDIR…SATU HARI NANTI KALAU SIS JD NO 2 ADA NOMBOR 3 PLAK,MASA TU BARU UP STATUS LAGI APA PERASAAN ANDA MASA TU…INGAT NI #PembalasanLebihKejamDariPerbuatan
kalau bleh cari lah yg bujang.”
“Perempuan2, makcik2 pleseeeee take noted…jgn terlampau kecam sngt bab poligami ni..jodoh tu Allah yg tentukan bkn kamu.”
Demikian beberapa komen pengguna Facebook berkenaan isu poligami ini.
Begitu pun, ada juga di kalangan pengguna Facebook yang mahu isu bermadu ini diterima sebagai ketentuan Allah SWT.
“Jodoh semua urusan Allah…siapa manusia untuk pertikaikan.”
“Allah bgi kita akal….kalau x mampu jngn berumh di tepi pantai.”