Kasut LV Pemberian Sultan Johor, Jangan Bawa Naratif Fitnah – Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus menjadi tumpuan ramai termasuk pemakaian kasut berjenama.

Menerusi ciapan di laman Twitter, malam tadi, beliau memaklumkan kasut kulit berwarna hitam dipakainya yang diviralkan adalah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas pengguna Twitter membuat ciapan berunsur fitnah berkenaan kasut yang dipakainya itu sehingga tular.

Sebelum ini, Anwar mendapat tumpuan apabila menolak menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

BBerkaitan

Latest articles