Kantoi Tonton Porno Bongkar Kisah Budak 11 Tahun Jadi Mangsa Liwat Suami Pengasuh

KUALA LUMPUR: Seorang wanita terkejut mengetahui anaknya telah menjadi mangsa liwat selama dua tahun oleh suami kepada pengasuhnya.

Terdahulu wanita yang bekerja sebagai operator kilang itu berjaya ‘mencekup’ perbuatan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu yang menonton video lucah menggunakan telefon bimbitnya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, perbuatan kanak-kanak itu disedari ibunya ketika berada di rumahnya di Rumah Awam Paya Datuk, Alor Gajah, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

Wanita berkenaan kemudian bertanya dari mana anaknya belajar melihat video lucah tersebut sebelum diberitahu diajar oleh suami pengasuhnya berusia 36 tahun yang tidak bekerja.

“Siasatan mendapati, kanak-kanak itu mendakwa suspek telah beberapa kali meliwatnya sejak 2022 sehingga kini mengajar dia melihat video lucah.

“Perbuatan itu dilakukan semasa ketiadaan isterinya di rumah selepas pengadu yang juga ibu tunggal dua anak menghantar anak sulungnya itu dari pukul 3 petang sehingga 6 petang setiap hari selepas waktu sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati berlaku ‘normal penis and no fissure’ sebelum suspek datang menyerah diri kira-kira 3.30 petang semalam.

“Kita telah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman suspek selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK 2017),” katanya.

BBerkaitan

Latest articles