Kanak-Kanak Jadi Mangsa Tertinggi Keganasan, Kata UNICEF

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyuarakan kebimbangan apabila kanak-kanak terus menjadi mangsa tertinggi keganasan antara Palestin dan rejim haram aparteid Israel.

Menerusi satu kenyataan, UNICEF berkata, peningkatan keganasan yang berlaku menyebabkan jumlah kanak-kanak yang terbunuh dan cedera di tahap membimbangkan, di mana sejak awal 2023, tujuh kanak-kanak Palestin dan seorang kanak-kanak Israel telah dibunuh.

Tegas organisasi itu, “Children continue to pay the highest price of violence. As the situation remains very volatile, UNICEF fears that an increasing number of children will suffer.”

Tambah UNICEF, semua kanak-kanak berhak mendapat perlindungan khas di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, termasuk hak untuk hidup dan perlindungan sepanjang masa.

Sehubungan dengan itu, organisasi tersebut merayu kepada semua pihak untuk meredakan kemarahan, menahan diri sepenuhnya dan mengelak daripada menggunakan keganasan, terutamanya terhadap kanak-kanak, mengikut undang-undang antarabangsa.

Katanya, keganasan tidak pernah menjadi penyelesaian, dan semua bentuk keganasan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima. Ini mesti dihentikan.

BBerkaitan

Latest articles