Kanak-kanak Dari Sarawak Hidap Sindrom “Werewolf” Jadi Anak Angkat Tunku Azizah

KUALA LUMPUR: Tersentuh dengan nasib Kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dengan sindrom Werewolf, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjadikan Missclyen Anak Roland sebagai anak angkat.

Kanak-kanak dari Sarawak itu menghidap sindrom ‘congenital generalised hypertrichosis’ (CGH).

Seorang wanita dikenali sebagai Kak Na berkongsi gambar surat dari Istana Negara kepada Roland Anak Jimbai yang tinggal di Kampung Muslim, Batu 10, Jalan Bintulu-Miri.

Surat tersebut bertarikh 10 Oktober 2023 menyatakan perkenan Tunku Azizah untuk menjadikan Missclyen sebagai anak angkat dan memberikan perbelanjaan persekolahan kepada beliau selain menanggung perbelanjaan perubatan.

“Waba’ dah Ehwal Beta berhasrat untuk mengambil Missclyen sebagai anak angkat. Dalam hubungan ini, Beta akan memberikan perbelanjaan melalui tuan sebagai penjaga bagi penggunaan persekolahan Missclyen.

“Selain itu juga Beta akan menanggung perbelanjaan bagi mengubati penyakit Hypertrichosis atau Sindrom Werewolf yang dihadapinya.

“Beta berharap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban tuan dan pacai pondok dalam menjaga dan membesarkan Missclyen,” tulis kenyataan dalam surat berkenaan.

Sementara itu, wanita yang dikenali sebagai Kak Na itu turut menzahirkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang diperolehi Missclyen.

“Cukup bertuah kau dik (Missclyen). Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

“Nanti lama la kita tak bersama kalau awak dah dibawa orang ke sana, air mata ini tak berhenti mengalir sebab terlalu gembira,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Sebelum ini Roland berhasrat untuk membawa anaknya bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah.

Hasrat tersebut tercapai apabila pasangan diraja itu mencemar duli di Kampung Penan Muslim, Bintulu sempena Kembara Kenali Borneo di Sarawak.

Dalam rakaman video dimuat naik di laman media, baginda berdua turut menitipkan pesan kepadanya untuk menjaga anak itu dengan sebaiknya.

BBerkaitan

Latest articles