Kanak-Kanak Cedera Parah Diserang Sekumpulan Anjing

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas diserang sekumpulan anjing dalam kejadian di Kampung Dedek, Sungai Menghulu, Langkawi, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada hospital dan ibu mangsa.

“Kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi apabila mangsa dikelilingi dan diserang sekumpulan anjing berhampiran rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa dipercayai diserang anjing liar sebelum dikejarkan ke hospital dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Sementara itu, tular di media sosial rakaman video dan gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala akibat serangan tersebut.

BBerkaitan

Latest articles