Kanak-kanak 3 Tahun Cedera Digigit Anjing German Shepherd, Pemilik Ditahan

PUCHONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera selepas digigit seekor anjing jenis kacukan German Shepherd di kawasan perumahan mewah Lake Edge, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.10 pagi ketika mangsa berjalan pulang ke rumah bersama neneknya selepas bermain di taman permainan berhampiran.

“Anjing berkenaan dipercayai terlepas keluar sendiri dari rumah pemiliknya sebelum menggigit betis kiri kanak-kanak itu hingga menyebabkan kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan mendapati pemilik anjing terbabit, seorang wanita tempatan berusia 60 tahun, tidak memiliki lesen anjing yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.

Susulan itu, wanita tersebut ditahan polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana cuai mengawal haiwan peliharaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Muhamad Farid menegaskan, pemilik haiwan peliharaan bertanggungjawab memastikan haiwan mereka tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam.

“Kami nasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam mengurus haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelakkan kejadian seumpama ini.

BBerkaitan

Latest articles