“Kami Akan Lawan!” – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Perbuatan melempar mercun pada program MUDA di Muar, malam tadi bukan sesuatu yang lawak, demikian menurut Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Malah Ahli Parlimen Muar itu juga meminta semua pihak membayangkan apa yang mungkin berlaku sekiranya mercun itu meletup di bawah kereta di lokasi sekitar Majlis Malam Mesra Muo di Jalan Bakri.

“Hentikan budaya provokasi ini. Lagi kami ditekan, lagi kami melawan!

“Kami di sini untuk membina Malaysia yang bersatu dan makmur untuk semua!” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini.

Kekecohan dilaporkan berlaku pada Majlis Malam Mesra Muo dan pelancaran jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) MUDA Parlimen Muar malam tadi ekoran provokasi oleh kira-kira 20 lelaki.

Ketua Penerangan MUDA, Muhammad Amir Fiqri Mustapha berkata, kumpulan berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kesat, tolak menolak, melemparkan mercun dan merosakkan semua kereta milik penyokong parti itu.

Insiden kira-kira 20 minit tersebut berakhir selepas kumpulan terbabit lari selepas mercun dilemparkan.

Sebelum ini, majlis ceramah anjuran MUDA di Parit Jawa, Muar pada 16 Oktober lalu dicemari insiden provokasi sekumpulan penunggan motosikal.

BBerkaitan

Latest articles