Kalimah Allah – Kerajaan akan memperkemas dasar bagi elak sebarang pertikaian di mahkamah.

Kerajaan akan memperkemas dasar berkenaan penggunaan Kalimah Allah bagi mengelak sebarang pertikaian di mahkamah.

Cadangan mengenai usul tersebut akan dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pertimbangan dan perkenan Majlis Raja-Raja

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Raja-Raja Melayu dan kerajaan sudah memutuskan isu penggunaan kalimah Allah sejak 1986 lagi.

“Kita masih lagi bergelut dengan isu kalimah Allah, tiada perbezaan, keputusan kerajaan dan Majlis Raja-Raja Melayu sudah diputuskan sejak 1986.

“Biarpun terdapat pandangan yang berbeza-beza tetapi keputusannya ialah kalimah Allah itu adalah digunakan dalam masyarakat Islam dan juga kitab-kitab Islam, tapi untuk Sabah dan Sarawak diputuskan ia membolehkan,” katanya ketika berucap semasa membuat lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (Semadah) di Pedas, hari ini.

Isnin lalu, kerajaan memberi pengesahan akan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

Anwar menjelaskan bahawa beliau telah menghubungi Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan keputusan jemaah menteri berkenaan isu itu dan mensarankan agar dasar mengenai kalimah Allah ini mahu perkemaskan supaya tidak timbul pertikaian di mahkamah dan sebagainya.

“Kami akan usulkan cadangan-cadangan bagi memperkemas keputusan itu dan kami akan bawa untuk pertimbangan dan perkenan Raja-Raja Melayu,” tambahnya.

Latest articles

Related articles

spot_img