Kali Ini, Orang Muda Sudah Muak Benar Dengan Tun M

Masanya kini sudah tiba buat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus berehat dari arena politik negara dan memberi ruang kepada generasi muda untuk mentadbir negara.

Exco Pemuda Umno, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin juga percaya anak muda hari ini sudah sedar dengan permainan politik Dr Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan dalam tempoh 22 bulan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kami tahu Tun dan PH mula sedar, rakyat telah menolak politik kebencian dan fitnah yang telah menjadi pencetus kejayaan Tun dan PH pada PRU-14. Kami tidak mungkin melakukan kesilapan buat kali kedua.

“Percayalah Tun, sekiranya Pilihan Raya Umum-15 berlaku dalam masa terdekat, gelombang tsunami anak muda menolak PH akan bangkit dengan hebatnya. Kami akan bekerja keras untuk pastikan setiap anak muda keluar mengundi nanti.

“Kali ini Melayu akan bersatu demi kepentingan masa depan. Kami akan terus berusaha menggagalkan usaha Tun dan PH memecah belahkan bangsa Melayu hanya untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh Tun,” demikian memetik sebahagian kandungan surat terbuka Shahrul buat bekas perdana menteri itu.

Shahrul turut mengimbas tindakan terburu-buru Dr Mahathir melepaskan jawatannya pada Februari lalu hanya kerana kemelut sesama pembangkang yang mendesak untuk dirinya menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah percaturan politik PH, pada ketika itu tiada kaitan dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan baru yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Shahrul berkata, anak-anak muda kini percaya dengan kewibawaan Muhyiddin mentadbir negara, walaupun dalam tempoh awal pentadbirannya diuji dengan wabak Covid-19.

Keadaan ini berbeza dengan PH yang hanya pandai menabur janji demi menang dalam pilihan raya namun akhirnya gagal menunaikannya.

Tempoh 22 bulan pentadbiran PH amat menakutkan kami anak muda.

Hutang negara terus meningkat, segala bantuan terus kepada rakyat dimansuhkan. Tiada lagi dendangan Manifesto PH yang serba indah.

“Anak muda hari ini mahupun kestabilan ekonomi negara yang baik agar masa depan kami terjamin. Anak muda hari ini mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Terjamin dengan isu kerja, pendidikan bagi anak-anak mereka, rumah dan pelindungan insurans.

“Tempoh 22 bulan pentadbiran PH amat menakutkan kami anak muda.

“Kerajaan Malaysia kini berada di tangan kepimpinan baik dan siap sedia bekerja untuk rakyat dan negara. Lihat sahaja cabaran pertama mereka apabila dilantik memenuhi jawatan Kabinet, negara dinobatkan sebagai diantara tiga negara terbaik yang menangani Covid-19 dengan cemerlang.

“Malah pelan pasca pemulihan ekonomi jauh lebih baik dari negara membangun yang lain.

“BN dan MN telah mencipta kemenangan demi kemenangan kerana pengundi khususnya anak muda mula sedar dengan permainan sandiwara PH yang tidak mampu mentadbir negara dengan baik.

“Kami tahu Tun dan PH mula sedar, rakyat telah menolak politik kebencian dan fitnah yang telah menjadi pencetus kejayaan Tun dan PH pada PRU-14. Kami tidak mungkin melakukan kesilapan buat kali kedua,” katanya lagi.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini