Kalau Pembangkang Bijak, Biarkan Muhyiddin Pimpin Kerajaan Sehingga Habis Penggal

Propaganda Pakatan Harapan (PH), khususnya dari Bersatu untuk menjatuhkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin giat dilakukan.

Terbaru, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri A Kadir Jasin membuat ‘ramalan’ sendiri bahawa Muhyiddin akan menyertai semula Umno bahkan tidak menghairankan jika Perdana Menteri itu dipecat buat kali kedua.

Tindakan pemimpin Bersatu yang pro Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sengaja dilakukan sebagai perang psikologi terhadap kepimpinan Muhyiddin, selepas kedua-dua pemimpin tertinggi itu tidak lagi sehaluan.

Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Mahathir melepaskan jawatannya pada pertengahan Mac lalu.

Bagaimanapun Mahathir, sehingga ke hari ini mengkritik kepimpinan kerajaan yang baru termasuk mendakwa dirinya masih mempunyai sokongan majoriti untuk kembali menerajui kerajaan.

PH juga turut mendakwa Muhyiddin mempunyai majoriti tipis.

Bagaimanapun ramai pemerhati politik menjangkakan usaha PH dalam tempoh terdekat untuk menjatuhkan Muhyiddin hanya menemui jalan buntu.

Melainkan jika mereka membiarkan kepimpinan Muhyiddin sehingga akhir penggal dan menggunakan ‘kelemahan’ kerajaan hari ini untuk melobi sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Mustahil Ada Perdana Menteri Baharu Sebelum PRU-151. Usaha Pakatan Harapan mahu menukar Perdana Menteri adalah…

Posted by Ab Jalil Backer on Wednesday, May 27, 2020

 

“Ada dua keadaan untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri (PM). Pertama ialah mengumpulkan majoriti ahli Parlimen yang menyatakan mereka telah hilang kepercayaan kepada PM. Ini boleh dilakukan sama ada melalui sidang Dewan Rakyat, akuan bersumpah atau sidang media serentak.

“Kedua, ialah dengan menggagalkan udian Bajet 2021 pada Oktober 2020 nanti. Jika berlaku salah satu dari dua perkara di atas, adalah menjadi tanggungjawab Muhyiddin berjumpa YDP Agong untuk memaklumkan beliau telah hilang sokongan majoriti Dewan Rakyat,” demikian menurut penganalisis, Ab Jalil Backer.

Bagaimanapun oleh kerana pelantikan Muhyiddin menggunakan kaedah kuasa budi bicara, maka adalah tidak berhemah untuk YDPA menggunakan kaedah yang sama dalam membubarkan parlimen.

“Menggunakan proses pelantikan sama seperti awal tahun ini tidak akan menyelesaikan kemelut politik negara.

“Justeru jika Muhyiddin dijatuhkan, YDP Agong, sekiranya menggunakan kuasa budi bicara baginda secara berhemat, pasti akan membubarkan Parlimen bagi satu PRU baharu,” kata Ab Jalil lagi.

Sementara itu Penulis Politik yang berpengkalan di luar negara, Raja Petra Kamaruddin turut berkongsikan perkara bahawa ada penyokong PH yang bersembunyi di dalam Kerajaan Perikatan Nasional

Oleh sebab itu, PH bermati-matian mahukan undi tidak percaya dibentang di Parlimen pada bulan Julai ini.

BBerkaitan

Latest articles