Kalau Dah Tiada Majoriti, Letaklah Jawatan Mukhriz

Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus digesa meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas hilang sokongan majoriti untuk mempertahankan kedudukannya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta Timbalan Presiden Bersatu itu tidak lagi menyusahkan banyak pihak, termasuk istana.

Tegasnya tindakan melepaskan jawatan adalah terbaik buat ketika ini dalam usaha memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

“Sepatutnya dengan tidak menyusahkan banyak pihak termasuk istana, beliau meletak jawatan terlebih dulu.

“Kalau dia (Mukhriz) masih ada ahli (majoriti) yang cukup, dia boleh terus kekal sebagai menteri besar.

“Namun, kalau tak cukup (majoriti) sepatutnya letak jawatan,” kata Mahdzir memetik Malaysiakini.

4 Adun PPBM Akui Hilang Kepercayaan, Mukhriz Anggap Masih Lagi Menteri Besar

23 Adun Kedah Umum Hilang Kepercayaan Ke Atas Mukhriz Mahathir

Mukhriz, yang juga ADUN Jerlun pada semalam mendakwa dirinya masih Menteri Besar Kedah dan menyatakan suasana politik di negeri itu masih stabil.

Kelmarin ADUN Sidam dan Lunas, kedua-duanya dari PKR mengumumkan keluar parti bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekaligus meletakkan kedudukan Mukhriz dalam bahaya.

Mukhriz pernah hilang jawatan yang sama pada 2016 akibat krisis dalaman Umno.

BBerkaitan

Latest articles