“Kalau Ada Bukti, Bawa Saya ke Mahkamah” – TMJ Cabar Pengkritik

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana pihak yang mengkritiknya di media sosial supaya membawa perkara itu ke mahkamah jika benar mempunyai bukti.

Baginda membuat kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di platform X susulan kecaman netizen yang mengaitkannya dengan keputusan penggantungan tujuh pemain warisan negara.

“Setuju. Saya ada cadangan yang lebih baik. Beramai-ramai bawa saya ke mahkamah dengan apa jua bukti yang ada. Please,” tulis baginda dalam respon tersebut.

Reaksi tegas itu hadir selepas seorang pengguna X, dikenali sebagai MrS (@MrIbnusaif), mendakwa Tunku Ismail perlu bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.

Kontroversi tersebut tercetus selepas Court of Arbitration for Sport (CAS) mengekalkan keputusan yang sebelum ini dibuat oleh FIFA untuk menggantung tujuh pemain warisan negara selama 12 bulan.

Bagaimanapun, keputusan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di media sosial, dengan sebahagian pihak cuba mengaitkan perkara tersebut dengan Tunku Ismail.

BBerkaitan

Latest articles