Kalah PRU15, Zuraida Kini Sertai Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Seri Zuraida Kamaruddin dimaklumkan menyertai NGO, Muafakat Nasional yang dipimpin Tan Sri Annuar Musa.

Dalam satu hantaran di Facebook, Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengucapkan terima kasih kepada Zuraida yang bertandang ke pejabatnya.

“Terima kasih juga kerana menyertai Muafakat Nasional,” katanya.

Sabtu lalu, Annuar mengumumkan NGO itu membuka permohonan keahliannya seminggu lebih awal atas permintaan ramai.

Menurut Annuar, NGO itu ditubuhkan untuk merapatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ummah serta mengukuhkan sistem politik, berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini Annuar dipecat UMNO kerana mengkritik Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan didakwa membantu parti lawan dalam pilihan raya umum ke-15 lalu.

BBerkaitan

Latest articles