Kalah Di Kesemua 28 Kerusi DUN Sarawak, PKR Mahu Buat ‘Penilaian’

KUALA LUMPUR: Penilaian perlu dilakukan PKR bagi melihat punca kekalahan calon parti di kesemua 28 kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, semalam.

Reaksi itu dilontarkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya ucap terima kasih dan penghargaan kepada pengundi-pengundi PKR serta kepada penggerak dan jentera.

“Satu penilaian yang tuntas mesti dibuat segera agar dapat kita bangkit sebagai kesatuan rakyat yang kuat dan bersatupadu,” ujarnya dalam kenyataan di media sosialnya.

Untuk rekod, PKR bertanding di 28 kerusi DUN Sarawak, namun kalah kesemuanya.

Nasib yang sama juga menimpa Amanah yang bertanding di lapan kawasan.

Manakala DAP hanya menang dua kerusi.

Pada PRN Sarawak 2016, DAP menang tujuh kerusi manakala PKR menang tiga kerusi.

BBerkaitan

Latest articles