Kakitangan SPRM Lancar Sokongan Terhadap Azam

KUALA LUMPUR: Seluruh kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan satu memorandum berbentuk sokongan terhadap Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Memorandum itu menyatakan dakwaan kepada Azam bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama.

“Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta,” antara isi kandungan memorandum itu.

Memorandum tersebut membariskan nama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali; dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.

Rabu laku, Azam dalam sidang media khas menjelaskan kepada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa adiknya telah menggunakan akaun saham beliauuntuk membeli saham-saham di pasaran terbuka dengan pembiayaan sendiri.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam kenyataan pula menyebut akan mendapatkan penjelasan daripada Azam selain mengesahkan kenyataan yang dibuat serta mengumpulkan bukti berkaitan akaun dagangan saham miliknya yang digunakan oleh adiknya, Nasir, bagi pembelian saham pada 2015.

Menurut kenyataan itu di bawah Seksyen 25 SICDA, setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti yang dideposit atau atas penama yang diberi kuasa atau dibenarkan.

Azam menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, termasuk wujudkan kepentingan peribadi seperti yang didakwa pelbagai pihak.

BBerkaitan

Latest articles