Kakitangan Awam, Swasta Peroleh Cuti Kecemasan Banjir

KLANG: Berikutan kejadian banjir yang melanda Kuala Lumpur dan Selangor sejak dua hari lalu, Perdana Menteru, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

Manakala untuk pekerja sektor swasta pula, syarikat dinasihatkan memberikan cuti berbayar atau ‘paid leave’ dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

“Berapa lama cuti itu, kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing. Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.

“Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan …saya tahu tiada peruntukan undang-undang berkaitan cuti banjir ini, namun ia boleh dilaksanakan atas sifat kemanusiaan,” katanya pada sidang media selepas meninjau operasi menyelamat dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles