Kadar Sembuh Pesakit Covid19 Di Malaysia Melebihi Purata Global

Kata-kata seperti #StayHome dan #StayAtHome, berulang kali Perdana Menteri ulang ayat ini dan memujuk rakyat agar duduk di rumah.

Tan Sri Muhyiddin turut membaca doa memohon ke hadrat Allah SWT agar Malaysia mampu memenangi perang melawan Covid19 ini.

Syukur alhamdulillah, data-data ini membuktikan apa yang YAB Perdana Menteri usahakan sebenarnya berada di landasan yang betul.

Ini satu pencapaian yang cemerlang oleh Malaysia. Kadar sembuh pesakit Covid19 di Malaysia adalah pada kadar 56.5%.

Kadar ini lebih baik berbanding di Singapura iaitu hanya pada kadar 15.4% sahaja dan ianya juga lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya pada kadar 8.38% sahaja.

Kadar sembuh 56.5% yang dicatatkan Malaysia adalah 41% lebih baik daripada purata global yang hanya pada mencatat 15.5% sahaja.

Lonjakan tinggi kadar mereka yang sembuh ini adalah hasil kerja kuat yang selama ini dibuat oleh frontliner semua.

Tan Sri Muhyiddin ketika menyampaikan perutusan khas kepada rakyat Malaysia di televisyen sebelum ini mengumumkan langkah-langkah kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Tahniah kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia dan seluruh warga KKM kerana telah membuktikan hasil kerja kuat selama ini telah berhasil dengan begitu baik sekali.

Pedulikan apa yang negatif yang ditohmah oleh mereka yang tidak menyukai kejayaan kerajaan Perikatan Nasional ini. Terus kerja ke hadapan untuk memastikan Malaysia menang melawan Covid19.

Baru 33 hari perlaksanaan PKP, Malaysia sudah mulai tunjuk hasil yang positif. Insyallah #KitaAkanMenang. – TRI

Latest articles

Related articles

spot_img