Kabinet Kerajaan Tak Boleh Dianggotai Individu Lompat Parti

KUALA LUMPUR: Dalam usaha menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan undang-undang lompat parti, Perdana Menteri digesa tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang bertindak sedemikian dan mengekalkan jawatan mereka.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tindakan itu perlu dilakukan sebagai tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti.

Apatah lagi masih ramai lagi ahli parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang dipegang oleh Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas tindakan Zuraida yang meninggalkan Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia.

Dalam kenyataannya, Ahmad Zahid juga mahu pindaan undang-undang Anti Lompat Parti disegerakan kerana tanpa pelaksanaannya krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik bakal menyebabkan kadar peratusan mengundi semakin rendah pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, apabila Ahli Parlimen Ampang itu yang pernah keluar dari Parti Keadilan Rakyat, kemudian menyertai Bersatu dan kini keluar pula untuk menyertai PBM, ia memberi gambaran seolah-olah sangat mudah wakil rakyat di negata ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

Sedangkan, tindakan lompat demi lompat parti ini sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa-apa sahaja

Malah, katanya, tindakan ini sebenarnya menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik semakin terhakis kerana ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat.

BBerkaitan

Latest articles