Kabinet Bayangan Hanya Propaganda Pembangkang Jual ‘Produk Mimpi’ – PM

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat mengeluarkan Kabinet bayangan kerana tumpuan utama beliau ialah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah beliau menyifatkan, Kabinet bayangan pembangkang yang tular di media sosial hanya sebagai propaganda pembangkang menjual ‘produk mimpi’.

“Kalau kita lihat perang psikologi ini memang dijalankan oleh pembangkang kerana mereka tak ada produk apa nak dijual.

“Jadi mereka gunakan perang psikologi kononnya mereka mempunyai nombor yang mencukupi.

“Malah Ilham Centre sendiri menafikan dapatan kaji selidik itu,” katanya ketika ditemui media sempena pelancaran Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Laman Kerayong pada Khamis.

Ujar Ismail Sabri, semua janji ditawarkan BN berpandukan fakta dan kemampuan kewangan kerajaan bukan menjual ‘produk mimpi’ seperti yang ditawarkan pembangkang.

“Saya dah katakan semalam kaji selidik yang dibuat pembangkang hanyalah bersifat perang psikologi yang tak berdasarkan fakta sebenar. Ia direka seolah-olah mereka yakin boleh menang.

“Kabinet bayangan adalah perkara biasa yang ada pada pembangkang. Bezanya kita memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang kita akan lakukan apabila kita menang dan ia berpandukan fakta sebenar dari segi bajet.

“Jadi kita (BN) menjual produk sebenar sedangkan mereka menjual ‘produk mimpi’,”katanya.

BBerkaitan

Latest articles