Ka Siong Dakwa Tidak Dirujuk Berhubung Pembentukan Kerajaan Negeri Antara BN-PH Di Perak

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, mendakwa beliau tidak dirujuk atau dimaklum berhubung penggabungan BN-PH bentuk kerajaan di negeri Perak.

Ka Siong yang juga Naib Pengerusi BN berkata, malah ia tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Tertinggi BN.

“Maaf ya, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbincang tentang BN dan PH bergabung membentuk Kerajaan Perak.

“Malahan, selepas PRU-15, mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum lagi diadakan setakat waktu ini.

“Saya sebagai Presiden MCA dan Naib Pengerusi BN tidak pernah dirujuk atau dimaklumkan langsung. Entah dari mana keputusan itu dicapai. Dewan Tertinggi BN diketepikan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Dewan Undangan Negeri Perak tergantung selepas PRU15 kerana tiada parti atau gabungan mempunyai majoriti mudah iaitu 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Untuk rekod, PN memenangi 26 kerusi, PH 24, dan BN sembilan pada PRU15 lalu.

Dalam pada itu, Jurucakap istana Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini mendedahkan bahawa walaupun lebih banyak kerusi PH di negeri itu, ia bersetuju untuk menyokong penyandang menteri besar Datuk Seri Saarani Mohamad untuk mengambil semula jawatan itu.

Saarani akan mengangkat sumpah pada petang ini.

BBerkaitan

Latest articles