Justin Nafi Dihubungi SPRM, Lantik Gobind Singh Sebagai Peguam

KUALA LUMPUR – ketua pegawai eksekutif Sersol Berhad, Datuk Justin Lim Hwa Tat hari ini tampil mempertahankan dirinya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyenaraikan dirinya sebagai individu yang dikehendaki bagi membantu dalam siasatan.

Justin yang mendakwa dirinya sehingga kini tidak menerima sebarang notis daripada SPRM yang memerlukan kehadirannya untuk apa-apa rakaman kenyataan di bawah seksyen 30 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“ saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pegawai MACC yang mencari bantuan saya berkaitan dengan siasatan yang disebutkan serta tidak menerima notis tersebut baik dari tempat kerja mahupun di kediaman.”

Tambah Justin lagi, beliau telah secara rasmi melantik Messrs. Gobind Singh Deo & Co. untuk mewakili dirinya sebagai wakil undang-undang semasa proses siasatan ini berlangsung.

“ Sebagai seorang warganegara yang mematuhi undang-undang, saya berkomitmen untuk berkerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membantu dalam siasatan dengan jujur dan telus katanya di dalam satu kenyataan yang diterima melalu e-mel hari ini.

Saya ingin jelaskan bahawa saya telah ke luar negara sejak Februari 2023. Walaupun saya tidak hadir, saya berhasrat untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam mana-mana perkara di mana bantuan saya diperlukan,” ujarnya.

Dalam pemfailan Bursa Malaysia baru-baru ini, Sersol berkata Lim telah pergi “di luar negara sejak Februari 2023 untuk tujuan dan sebab yang hanya diketahui olehnya”.

BBerkaitan

Latest articles