Jurang Kaum Boleh Dielak Jika Sistem Sekolah Vernakular Dihapuskan

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mahu sistem sekolah vernakular yanh diamalkan di negara ini dihapuskan.

Tegasnya ia merupakan kaedah terbaik merapat jurang antara kaum yang semakin parah melalui pendidikan.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sesi soal jawab di Majlis Ilmu “Peradaban dan Sosiologi” diadakan bersempena Minggu Negarawan anjuran Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Putrajaya.

“Salah satu cara terbaik rapat jurang antara kaum ialah melalui pendidikan dan antaranya dihapuskan sekolah vernakular.”

Pada 28 Julai tahun lalu, beliau ketika Persidangan Meja Bulat: Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu mendakwa idea sekolah vernakular ditutup tidak wajar diberi keutamaan.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, bahawa “kaum pendatang” yang meraih kerakyatan secara automatik selepas merdeka wajar menerima fakta Malaysia ialah negara Melayu.

“Kalau kita betul-betul berniat mahu jadi satu negara tanpa beza kaum, mereka kena akui ini memang negara Melayu malah nama asalnya pun memang Tanah Melayu,” katanya.

Beliau berkata, ada kaum tertentu enggan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan (SK) kerana sistem pendidikannya seperti imej “sekolah agama”.

Katanya, meskipun keadaan itu diperbaiki beliau mendakwa kaum minoriti tetap tidak mahu menghantar anak mereka ke SK.

“Etnik pendatang itu tidak hendak bercampur gaul dengan murid Melayu dan ingin mengekalkan adat budaya termasuk bahasa ibunda mereka seperti situasi negara asal,” katanya.

“Contoh di Amerika Syarikat (AS), Australia dan Britain apabila imigran fasih bahasa Inggeris dan mengamalkan budaya setempat bagi diberi kewarganegaraan. Misalnya Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak berketurunan India tetapi jika kita tutup mata dengar cakap dia, pasti tidak dapat beza dengan orang tempatan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles